• 3 months ago
Kerajaan menerusi Kementerian Ekonomi sedang meneliti struktur persediaan Malaysia dalam menghadapi perubahan demografi sebagai sebuah negara menua, menerusi Belanjawan 2027.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kerajaan menerusi Kementerian Ekonomi sedang meneliti struktur persediaan Malaysia dalam menghadapi perubahan demografi sebagai sebuah negara menua menerusi Belanjawan 2027.
00:11Menterinya Datuk Seri Akmal Nasrullah Muhammad Nasir berkata, usaha itu penting bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara terus mampan di samping
00:18memperkasa generasi muda yang bakal menjadi tunjang pembangunan negara pada masa depan.
00:25Justeru, Kementerian Ekonomi bukan sahaja memberi fokus kepada pengurusan populasi warga emas malah meneliti langkah untuk mempersiapkan generasi muda menghadapi
00:34cabaran masa depan.
00:35Dalam konteks pembangunan belia, Kementerian berhasrat memperluaskan perdedahan anak muda kepada pelbagai program pembangunan dan peluang ekonomi yang masih kurang
00:44diterokai.
00:45Menurut beliau, usaha itu termasuk membuka lebih banyak ruang dalam pasaran serta pemilikan saham sekaligus membolehkan generasi muda meneroh ke
00:53sektor dan segmen baharu yang berpotensi memberi nilai tambah kepada ekonomi negara.
00:59Kerajaan turun memperkukuh dana bagi penyelidikan dan penciptaan bukan sahaja untuk tujuan akademik malah bagi meningkatkan potensi pengkomersilan hasil inovasi
01:08tempatan.
01:09Kementerian ekonomi melihat persediaan menghadapi negara menua perlu dilaksanakan secara menyeluruh termasuk memperkukuh keupayaan generasi muda bagi memastikan pertumbuhan ekonomi
01:19negara kekal berdaya tahan dan mampan dalam jangka panjang.

Recommended