Skip to playerSkip to main content
  • 2 months ago
Kerajaan kini lebih memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat serta membanteras amalan rasuah dan salah guna kuasa berbanding mengadakan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) lebih awal.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik, kerajaan kini lebih memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat serta membantras amalan rasuah dan salah guna kuasa berbanding
00:10mengadakan pilihan raya umum ke-16 lebih awal.
00:13Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tambahan pula ketika ini, kerajaan masih stabil.
00:22Jangan digusar. Orang yang ada amanah, yang bersih, tidak harus takut dengan langkah-langkah diambil oleh SPRM ataupun PDRM atau
00:35LHDN.
00:36Kita tak boleh terus biarkan keadaan sekarang. Saya tahu saya sendiri pun ada hadapi beberapa tekanan, cadangan.
00:46Tetapi saya ambil keputusan, seperti mana yang saya sampaikan kepada mesyuarat Jemaah Menteri hari Rabu, kita dapat mandat, mentadbir, mengurus
00:57dengan baik, bersihkan negara daripada amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Recommended