Skip to playerSkip to main content
  • 6 weeks ago
Sistem bekalan air di daerah yang terjejas mengalami kerosakan manakala tandas dan kemudahan sanitasi lain turut rosak atau musnah, sekali gus meningkatkan risiko penyakit bawaan air dan penyakit berjangkit.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Di Nepal, sekurang-kurangnya 22,000 kanak-kanak memerlukan bekalan air minuman selamat serta kemudahan sanitasi dan kebersihan selepas lebih
00:10seminggu banjir kilat melanda Nepal.
00:13Menurut kenyataan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu UNICEF, sistem bekalan air di daerah yang terjejas mengalami kerosakan, manakala
00:21tandas dan kemudahan sanitasi lain turut rosak atau musnah.
00:27Ia sekaligus meningkatkan risiko penyakit bawaan air dan penyakit berjangkit.
00:33Wakil UNICEF di Nepal, Alice Akunga berkata, setiap ibu bapa di daerah-daerah itu kini berdepan masalah yang sama, berulang
00:40kali setiap hari.
00:42UNICEF telah menghantar bekalan air serta peralatan sanitasi dan kebersihan untuk kira-kira 19,000 penduduk di Rasuah dan Nuwakot,
00:50iaitu antara kawasan paling teruk terjejas.
00:53Bekalan tersebut merangkumi lebih 3,800 kit pembersihan, 3,300 bekas air boleh lipat berkapasiti 10 liter, 3,500 baldi,
01:043,500 cawan 1 liter, 4,000 botol larutan rawatan air dan lebih 1,000 keping kanvas pelindung.
01:12Kaki tangan UNICEF juga bekerjasama dengan pihak kerajaan dan rakan kongsi dalam usaha pemantauan penyakit, promosi kebersihan dan pencegahan wabak.
01:20UNICEF menganggarkan sekurang-kurangnya 19 sekolah mengalami kerosakan termasuk 8 yang musnah sepenuhnya dan 8 yang rosak sebahagiannya,
01:30manakala lebih 10,000 kanak-kanak pada usia sekolah memerlukan sokongan psikosocial segera serta akses kepada ruang pembelajaran yang selamat.
01:39Terima kasih kerana menonton!

Recommended