Skip to playerSkip to main content
  • 6 weeks ago
Dakwaan campur tangan asing perlu dinilai berdasarkan bukti, dengan kepentingan serta kedaulatan negara kekal menjadi keutamaan mengatasi percaturan politik.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kerajaan disarai meneliti dawaan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang mengenai Amerika Syarikat pernah menawarkan bantuan kepada PAS untuk
00:08menjatuhkan UMNO dan mengambil alih kerajaan lebih sedekat lalu.
00:12Pegawai Kanan Program Merdeka Center, Muhammad Rizal Hamdan berkata penelitian tersebut perlu berdasarkan bukti dan tidak dijadikan polemik politik.
00:24Rizal berkata kerajaan boleh mendapatkan penjelasan daripada Abdul Hadi sebagai sumber utama dawaan itu.
00:31Fokus utamanya mestilah kepada isu prinsip sama ada benar berlaku cubaan campur tangan itu ataupun tidak.
00:38Sebab saya berpendapat dalam jangka masa panjang isu ini sepatutnya menjadi peluang Malaysia lah, peluang kepada Malaysia untuk memperkukuh mekanism
00:47ketulusan berkaitan hubungan negara asing dan juga pihak kita.
00:54Menurut Rizal, agensi berkaitan termasuk Kementerian Luar Negeri, Majlis Keselamatan Negara dan Agensi Keselamatan juga boleh menyemak rekod diplomatik berhubung
01:02pertemuan tersebut.
01:03Katanya pertemuan diplomat asing dengan pemimpin kerajaan atau pembangkang merupakan amalan biasa bagi memahami perkembangan politik sesebuah negara.
01:11Namun ia perlu dibezakan daripada usaha mempengaruhi, membiayai atau mengatur pertukaran kerajaan.
01:18Tapi jika terdapat usaha untuk mempengaruhi atau membiayai dan mengatur perubahan sebuah kerajaan, ini saya rasa adalah satu perkara yang
01:28berbeza dan jauh lebih serius.
01:30Makanya kenyataan Tan Sri Hadi Awang membuka semula persoalan yang pada saya lebih luas iaitu sejauh mana aktor asing dibenarkan
01:41berinteraksi dengan aktor politik domestik.
01:45Rizal menegaskan hubungan dengan pihak asing yang berpotensi mempengaruhi proses politik perlu tertakluk kepada ketelusan dan pengawasan sewajarnya.
01:53Jelasnya pada akhirnya tak kira pemangkang atau kerajaan, kepentingan negara mengatasi segala apa jua kegiatan politik.
02:00Pada Sabtu, Abdul Hadi mendakwa tawaran itu dibuat ketika lawatan bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, ke Malaysia pada 2014.
02:09Bagaimanapun, kedutaan mereka pada ahad menafikan pernah berusaha menentukan pihak yang memimpin Malaysia dan menyifatkan dawaan tersebut sebagai palsu.
02:16Terima kasih telah menonton!

Recommended