00:00Isu jerebu rentas sempadan tidak seharusnya berakhir dengan tuduh-menuduh antara Malaysia dan Indonesia.
00:07Ketua Kempen dan Pemangku Wakil Negara Greenpeace Malaysia, Hank Kiah Chun berkata,
00:12pihaknya mahu Indonesia mendedahkan bukti sekiranya benar ada syarikat Malaysia terlibat dalam kebakaran hutan yang didakwa mencetuskan jerebu ketika ini.
00:23Itu sebab kita dan beberapa NGO kita telah menghantar satu memorandum minggu lepas di Ketutaan Indonesia.
00:31Kami berada di sana bukan nak protes terhadap kerajaan Indonesia tetapi kita juga nak bersolidariti dengan masyarakat di Indonesia.
00:41Apa yang kita buat di sana ialah kita nak kerajaan Indonesia tidak akan bukti kepada orang awam, kepada umum.
00:48Sebab banyak kali pihak-pihak kerajaan Indonesia sebelum ini menyatakan bahawa terdapat banyak syarikat yang berkaitan dengan Malaysia yang mungkin
00:58terlibat dalam kebakaran hutan baru-baru ini.
01:01Pada masa yang sama terdapat syarikat Malaysia juga menafikan perlibatan mereka.
01:06Jadi daripada Malaysia dan Indonesia saling meluding jari, kami meminta kerajaan Indonesia berkongsi bukti termasuk peta konsesi maklumat pemilikan syarikat
01:18dan hasil siasatan.
01:20Beliau berpandangan Malaysia tidak boleh hanya bergantung kepada mekanisme ASEAN untuk menangani isu ini.
01:26Memandangkan prinsip tidak campur tangan dan menghormati kedaulatan negara, mantara asas kerjasama ASEAN.
01:34Sehubungan itu, beliau berharap ada mekanisme lebih jelas untuk membolehkan siasatan dibuat.
01:39Berdasarkan bukti sekiranya terdapat kaitan syarikat Malaysia dengan kebakaran di luar negara.