00:00Australia memaklumkan ejen kecerdasan buatan AI, OpenAI menceroboh portal data kesihatan kerajaan pada Jun lalu dan memperoleh akses tanpa kebenaran
00:09kepada sejumlah fail pada Rabu.
00:12Perdana Menteri Anthony Albanese berkata, kejadian itu dipercayai antara kes pertama diketahui membabitkan ejen AI menggodam laman web kerajaan.
00:22Beliau berkata, ejen OpenAI berkenaan memperoleh akses tanpa kebenaran kepada portal statistik perubatan sebuah ejensi kerajaan yang bertanggungjawab mengendalikan data
00:32dan statistik kesihatan bukan sensitif termasuk perbelanjaan awam bagi sektor perubatan.
00:37Albanese berkata, siasatan terhadap insiden itu masih dijalankan manakala Australia telah menyuarakan kebimbangan amat serius kepada Ketua Pegawai Ezeketif OpenAI,
00:46Sam Altman.
00:47Beliau turut menyatakan kekecewaan mendalam terhadap kelewatan syarikat itu memaklumkan kerajaan Australia mengenai insiden berkenaan.
00:54Insiden itu merupakan antara kejadian berperfail tinggi membabitkan ejen AI yang mengakses sistem luaran di luar muka syarikat,
01:01susulan beberapa kes pencerobohan oleh ejen AI yang bertindak tanpa kawalan dilapukan berlaku di seluruh dunia sehingga menyebabkan kebimbangan dalam
01:08kalangan kerajaan dan syarikat.