Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) Lembaga Tabung Haji (TH) mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan menerima benda berharga sebagai penjawat awam iaitu kos pengubahsuaian rumah berjumlah RM302,499.27, sembilan tahun lepas.

Datuk Adi Azuan Abdul Ghani, 56, membuat pengakuan itu di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud.
Transcript
00:00Bekas Ketua Pegawai Operasi COO Lembaga Tabung Haji TH didakwa atas tiga pertuduhan menerima benda berharga sebagai penjawat awam iaitu
00:09kos pengubah suaian rumah berjumlah RM302,499 sembilan tahun lepas.
00:15Dato' Adi Azwan Abdul Ghani berusia 56 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Session Sya'alam pada Khamis selepas pertuduhan
00:22dibacakan di hadapan Hakim Awang Krisnada Awang Mahmud.
00:28Mengikut pertuduhan Adi Azwan ketika menjawat jawatan itu menerima benda berharga berupa kos pengubah suaian tiga buah rumah di Sya
00:36'alam, Kota Damansara dan Subang Jaya.
00:39Semua kos itu didakwa diterima daripada pengarah syarikat AG Reka Senabrahat, Thamsul Azri Ismail yang diketahui mempunyai kena-mengena dalam
00:47urusan dijalankan tertuduh di lokasi sama pada 7 Mac 2017 dengan pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.
00:56Mahkamah menetapkan jaminan RM50,000 serta perlu melaporkan diri ke Pejabat SPRM Putrajaya tidak mengganggu saksi pendawaan dan menyerahkan pasport
01:08kepada mahkamah dengan sebutan semula kes pada 25 November depan.
01:13Adi Azwan sepatutnya dituduh pada 3 September lalu namun ditangguhkan selepas tertuduh dimasukkan ke hospital sejak 31 Ogos akibat komplikasi
01:26jantung.
01:27Laporan Surahan Jaya Siasatan Deraja RCI TH mengenal pasti Adi Azwan antara lima pegawai kanan yang dikenakan proseding tata tertib
01:37berkaitan beberapa isu di institusi berkenaan.

Recommended