Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Lembaga Tabung Haji akan memulakan Kursus Asas Haji bagi musim haji 1448H/2027M bermula 25 September 2026. Program bimbingan yang dijalankan di 200 masjid seluruh negara itu bertujuan memperkukuh ilmu dan persediaan bakal jemaah sebelum menunaikan ibadah haji di Tanah Suci.
Transcript
00:00Lembaga Tabung Haji akan memulakan kursus asas haji bagi musim haji 1448 hijrah bersamaan 2027 Masihi bermula 25 September ini
00:10sebagai persediaan awal bakal jemaah ke Tanah Suci.
00:13Dan bagi musim haji kali ini, kursus itu akan dilaksanakan dalam 12 siri pengajian melibatkan 200 masjid di seluruh negara.
00:20Dan menurut TH, kursus berkenaan memberi penekanan kepada penguasaan ilmu asas ibadah haji dan umrah serta panduan praktikal berkaitan persediaan
00:29ibadah, kesihatan dan pengurusan diri.
00:31Dan selain bakal haji, kursus berkenaan turut dibuka kepada orang awam yang ingin mendalami ilmu berkaitan ibadah haji.
00:38Tabung Haji turut menggalakkan bakal jemaah mengikuti kursus ini secara konsisten kerana ia merupakan asas kepada kursus intensif haji dan
00:45kursus perdana haji.
00:47Maklumat lanjut termasuk jadual kursus boleh diperoleh menerusi aplikasi TH IJRI, laman web tabung haji serta platform e-bimbingan haji.
00:56Dan TH turut mengingatkan bakal haji supaya membuat persediaan berdasarkan konsep istitulah termasuk menjaga kesihatan, meningkatkan simpanan dan mengemaskini maklumat
01:05pribadi.
01:06Tabung Haji berharap persediaan awal menerusi kursus asas haji dapat membantu bakal jemaah menunaikan ibadah haji dengan lebih yakin, teratur
01:13dan sempurna.
01:17Terima kasih kerana menonton!

Recommended