Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Firma penyelidikan itu kembali memulakan liputannya terhadap syarikat itu dan menaikkan anggaran keuntungan teras Nestlé Malaysia sebanyak 37% kepada RM687.6 juta pada FY26 daripada RM500.4 juta sebelum ini, manakala unjuran FY2027 dinaikkan 36% kepada RM705.3 juta daripada RM520.3 juta.

Category

🗞
News
Transcript
00:00M Investment Bank menjangkakan keuntungan Nestle Malaysia berhad pulih dengan ketara dalam tempoh 2026 hingga 2028 apabila tekanan daripada kempen
00:11boykot semakin reda.
00:13Manakala usaha penstrukturan semula kumpulan mula memberi kesan kepada kos operasi.
00:18Firma penyelidikan itu kembali memulakan liputannya terhadap syarikat itu dan menaikkan anggaran keuntungan teras Nestle Malaysia sebanyak 37% kepada
00:29RM687.6 juta pada tahun kewangan 2026.
00:34Manakala unjuran tahun kewangan 2027 dinaikkan 36% kepada RM705.3 juta daripada RM520.3 juta.
00:47Bagi tahun kewangan 2028, firma penyelidikan itu mengunjurkan keuntungan teras sebanyak RM803.4 juta dengan hasil masing-masing.
00:56Dijangka mencecah RM7.22 bilion pada tahun kewangan 2026, RM7.59 bilion pada tahun kewangan 2027 dan RM7.97 bilion
01:08pada tahun kewangan 2028.
01:11Sehubungan itu, Aminvest memberikan saranan beli terhadap saham Nestle dengan harga sasaran RM135 berbanding harga RM89.16 ketika laporan diterbitkan
01:23yang mencerminkan potensi pulangan sekitar 55%.
01:27Aminvest berkata harga saham Nestle telah susut lebih 25% daripada paras tertinggi pada Januari 2026 berikutan kebimbangan berhubung kesan
01:36boykot dan peningkatan kos bahan mentah.
01:38Terima kasih kerana menonton!

Recommended