Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Kerajaan Nepal akan memindahkan kira-kira 33,000 mangsa banjir dan melarang mereka kembali ke kawasan yang diisytiharkan sebagai zon bahaya susulan bencana besar bulan lalu
Transcript
00:00Kerajaan Nepal akan memindahkan kira-kira 33,000 mangsa banjir dan melarang mereka kembali ke kawasan yang diisytiharkan sebagai zon
00:08bahaya.
00:09Menurut pihak berkuasa pengurangan dan pengurusan risiko bencana kebangsaan, Daram Raj Apreti, kawasan yang mencatat paras banjir sehingga 13 meter
00:18lebih tinggi daripada paras sungai biasa akan dikategorikan sebagai kawasan berisiko tinggi.
00:26Beliau berkata langkah itu diambil bagi mengelak risiko bencana serupa berulang dan mengancam nyawa penduduk.
00:31Menurut pihak berkuasa, seramai 33,000 penduduk terjejas akan dipindahkan ke kawasan yang telah dikenal pasti lebih selamat.
00:38Banjir besar yang melanda pada 26 Ogos lalu dikatakan berpunca daripada runtuhan ais dan batu di kawasan hulu Lendekola di
00:45Tibet.
00:46Bencana itu mengorbankan 1,451 orang manakala kira-kira 5,700 lagi termasuk lebih 600 warga asing masih hilang.
00:54Operati berkata usaha memujuk penduduk berpindah bukan mudah kerana ramai mempunyai ikatan kuat dengan tempat tinggal mereka.
01:00Namun pihak berkuasa telah mengenal pasti kawasan yang lebih selamat untuk penempatan semula.
01:05Dalam masa sama operasi mencari mangsa di kawasan terjejas kini memasuki fasa akhir dan dijangka ditamatkan hujung minggu ini.
01:12Kerajaan turut menyalurkan bantuan perumahan dan allow bulanan kepada keluarga yang terjejas sementara proses pemulihan dilaksanakan.
01:18Pihak berkuasa menjangkakan kos pemulihan akhir mungkin melebihi dua kali ganda daripada anggaran awal sebanyak 4.77 bilion dolar Amerika.
01:27Terima kasih kerana menonton!
01:28Terima kasih kerana menonton!

Recommended