00:00Pertemuan antara Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Ismail Lasim dengan yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhris, Tuanku Munawir,
00:08di Istana Hinggap, Seremban, selesai selepas berlangsung hampir tiga jam.
00:13Pertemuan yang bermula sekitar jam 11 pagi itu menjadi tumpuan media yang berkampung di hadapan Istana Hinggap sejak jam 10
00:21pagi.
00:23Usaha media mendapatkan penjelasan daripada Ismail selepas pertemuan berkenaan bagaimanapun tidak berhasil.
00:30apabila kenderaan yang membawa Menteri Besar itu dilaporkan keluar melalui laluan belakang Istana dan tidak menggunakan laluan utama yang menjadi
00:38lokasi media menunggu.
00:40Pergerakan keluar dari Istana Hinggap itu turut menyaksikan kenderaan membawa Undang Luak Sungi Ujung, Muhammad Faris Johari dan Undang Luak
00:48Rembau, Hassan Abdul Hamid, meninggalkan kawasan berkenaan sekitar jam 1.50 tengah hari.
00:54Setakat ini tiada kenyataan rasmi daripada Ismail berhubung hasil pertemuan dengan Tuanku Muhris.
01:00Sementara itu, Hassan sempat membuka tingkap kenderaan ketika melalui laluan keluar dan menjawab pertanyaan media mengenai status pertemuan berkenaan.
01:08Katanya perkara yang dibincangkan dalam pertemuan berkenaan belum dapat diselesaikan.
01:13Pertemuan hari ini berlaku ketika situasi berkaitan kedudukan yang dipertuan besar, peranan undang yang empat serta pentadbiran kerajaan negeri masih
01:21menjadi perhatian.
01:22Sementara itu, Ketua Polis Negeri Sembilan, Dato' Al-Zafni Ahmad yang turut terlibat dalam perjumpaan berkenaan memaklumkan,
01:28ia merupakan pertemuan sulit dan pihaknya tidak mempunyai sebarang maklumat untuk dikongsikan berhubung perbincangan tersebut.
01:36Saya sebenarnya, kita ini tugas dan tanggungjawab kita adalah untuk menjaga keselamatan.
01:44Sama ada arahan daripada ketuaanku ke apa-apa pun ada dari pihak, awal konseris berkenaan dengan keselamatan dalam negeri.