00:00Hak Sabah termasuk pemberian khas 40% tidak pernah jadi syarat kepada sokongan politik, sebaliknya kekal seperti termaktub dalam perlembagaan
00:09persekutuan.
00:10Setiausaha akbar kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Sabah dan Sarawak, Ahmad Farid Sainuri berkata,
00:15kenyataan Datuk Mustafa Sakmud sebelum ini dipetik di luar konteks hingga melimbulkan persepsi bahawa hak perlembagaan Sabah dikaitkan dengan sokongan
00:24politik kepada kerajaan Madani.
00:28Kenyataan itu dikeluarkan susulan laporan media bertajuk kalau mahu pembayaran RM1.5 bilion interim diteruskan,
00:36kekalkan kerajaan Madani yang disiarkan beberapa portal berita tempatan sejak 27 September lepas.
00:43Beliau berkata, apa yang ingin ditegaskan Mustafa ialah kesungguhan pentadbiran kerajaan Madani memenuhi keperluan Sabah menerusi peningkatan pembayaran interim
00:52yang kini mencecah RM1.5 bilion setahun.
00:56Jelasnya penegasan terhadap rekod pentadbiran ini sama sekali tidak bermaksud hak Sabah diletakkan sebagai syarat kepada sokongan politik.
01:04Hak Sabah kekal sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan termasuk perkara berkaitan pemberian khas 40% Sabah.
01:11Tambah Ahmad Farid, pemberian khas interim RM1.5 bilion bukan pengganti kepada penyelesaian tuntutan 40% hasil dari Sabah,
01:22sebaliknya bayaran sementara sehingga nilai sebenar pemberian khas Sabah dimuktamadkan.
01:27Beliau berkata proses menentukan formula dan mekanisme pelaksanaan kini sedang dimuktamadkan antara Kerajaan Sabah melalui Setiausaha Kerajaan Negeri
01:36serta Kementerian Kewangan Sabah dengan Kerajaan Persekutuan melalui Ketua Setiausaha Perbendaharaan.
01:42Terima kasih telah menonton!