00:00Kesemua pelarian warga negara Myanmar yang terlibat dalam program penghantaran pulang fasa pertama di Lumut Perak pada 29 September lepas
00:08telah melalui proses saringan rapi dan verifikasi sebelum dihantar pulang secara sukarela, selamat dan bermaruah.
00:15Kementerian Dalam Negeri KDN memaklumkan proses menyeluruh itu merangkumi pengenal pastian dan pengesahan kewarganegaraan, dokumentasi pemeriksaan kesihatan serta semakan identiti.
00:28Menurut KDN, senarai nama setiap individu berkenaan disahkan oleh kerajaan Myanmar dan dikemukakan kepada Malaysia menerusi nota diplomatik bertarih 13
00:37Ogos lepas sebelum disusuli dengan penyelarasan rapi dari aspek keselamatan, logistik serta urusan penerimaan di negara asal.
00:44KDN dalam dokumen soalan lazim FAQ tentang program berkenaan turut menjelaskan program berkenaan ialah sebahagian daripada pendekatan kerajaan untuk menangani
00:53migrasi tidak teratur dan pendatang tanpa izin menerusi penguatkuasa undang-undang, pengurusan tahanan serta penghantaran pulang ke negara asal secara
01:01tersusun, selamat dan bertanggungjawab.
01:04Langkah itu menurut KDN berupaya memindikkan tempoh penahanan yang tidak perlu sekaligus melegakan tekanan terhadap kapasiti dan kos operasi depo
01:12tahanan imigresen.
01:13KDN maklumkan jumlah tahanan yang tinggi dan tempoh penahanan yang panjang memberikan tekanan kepada kapasiti depo selain menyebabkan kerajaan menanggung
01:22perbelanjaan yang besar.
01:23Sebenarnya program penghantaran pulang tersebut dirangka sebagai inisiatif kerjasama dua hala antara Malaysia dengan Myanmar bagi melaksanakan penghantaran pulang tahanan
01:31warga negara itu yang berada di negara ini secara berperingkat.
Comments