Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Zetrix AI mengemukakan cadangan penyelesaian kepada kerajaan bagi menangani tunggakan serahan hasil dan memberi keutamaan kepada usaha menyelesaikan obligasi berkenaan serta memulihkan perkhidmatan JPJ yang terjejas, tertakluk kepada kelulusan berkaitan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Zetrix AI Berhad telah mengemukakan cadangan penyelesaian kepada kerajaan Malaysia bagi menangani tunggakan serahan hasil.
00:07Kenyataan itu menyusul selepas perkhidmatan Zetrix AI sebagai ejen pemungut hasil Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ digantung berkuatkuasa 5 Oktober lalu.
00:18Zetrix AI yang sebelum ini dikenali sebagai MyEG Services Berhad atau MyEG memaklumkan keutamaan segera kumpulan adalah menyelesaikan tanggungjawab berkenaan
00:28dan berusaha ke arah memulihkan perkhidmatan yang terjejas tertakluk kepada kelulusan berkaitan.
00:34Syarikat itu menzahirkan rasa kesal atas kesulitan yang dihadapi pelanggan dan orang ramai akibat penggantungan sementara tersebut.
00:41Menurut Zetrix AI sebagai penyedia perkhidmatan JPJ sejak 2000, syarikat memahami kepentingan memastikan perkhidmatan berkenaan kekal mudah diakses boleh dipercayai
00:51dan memudahkan orang ramai.
00:53Kumpulan itu mengakui tanggungjawabnya kepada pelanggan dan menegaskan komitmen untuk memenuhi segala obligasinya kepada kerajaan.
01:00Zetrix AI berkata pihaknya menghargai kesabaran dan pemahaman pelanggan sepanjang tempoh penggantungan serta akan memberikan perkembangan lanjut apabila maklumat yang
01:10disahkan tersedia.
01:11Dalam masa sama syarikat memberi jaminan kepada pelanggan yang menggunakan perkhidmatan JPJ terlibat sebelum penggantungan pada 5 Oktober bahawa transaksi
01:21mereka telah diproses dan diselesaikan sewajarnya.
01:24Pergantungan berkenaan menyusul isu berkaitan penyerahan kutipan hasil kerajaan dengan Zetrix AI kini memberi tumpuan kepada penyelesaian obligasi tersebut sebelum
01:34perkhidmatan terjejas dapat dipulihkan tertakluk kepada kelulusan pihak berkaitan.
01:39Menteri Pengangkutan Anthony Locke berkata, keputusan itu dibuat sesulahan kegagalan syarikat berkenaan memenuhi kewajipan memindahkan kutipan hasil kerajaan dalam tempoh
01:48yang ditetapkan.
01:49Menurut beliau, jumlah keseluruhan tuntutan terhadap syarikat berkenaan bagi tempoh 19 Mei hingga 30 September 2026 adalah RM314 juta melibatkan
02:01kutipan hasil kerajaan yang masih belum dipindahkan ke akaun terimaan utama pejabat perekaunan MOT.

Recommended