00:00Persatuan Kontraktor Bumi Putera Malaysia PKBM meminta kerajaan mengaktifkan semula maklisma syarat perubahan harga atau VOP bagi membantu kontraktor menghadapi
00:10peningkatan kos operasi dan bahan binaan.
00:12Permintaan itu dikemukakan menjelang Belanjawan 2027, susulan kenaikan ketara harga diesel dan bitumen yang menekan industri pembinaan.
00:23Menurut PKBM, sektor pembinaan kini berdepan cabaran kos yang semakin meningkat apabila harga diesel dilaporkan naik sehingga 45% manakala
00:32harga bitumen meningkat 43%.
00:35Kenaikan itu memberi kesan langsung kepada kos pelaksanaan projek khususnya projek infrastruktur, pembinaan jalan raya dan kerja-kerja turapan.
00:43Persatuan itu berpandangan peningkatan kos bahan dan operasi yang berterusan menyebabkan ramai kontraktor berdepan tekanan kewangan kerana nilai kontrak sedia
00:52ada tidak semestinya dapat menampung pertambahan kos berkenaan.
00:57Keadaan itu dikuatiri boleh menjejaskan aliran tunai syarikat, mengkangkupayaan menyiapkan projek mengikut jadual serta memberi kesan terhadap kelangsungan operasi kontraktor.
01:06PKBM menegaskan pengantifan semula mekanisme VOP penting bukan sahaja untuk mengurangkan beban kewangan yang ditanggung kontraktor, malah memastikan projek pembangunan
01:16dan infrastruktur kerajaan dapat disiapkan mengikut spesifikasi, kualiti dan tempoh yang ditetapkan.
01:22Dalam masa sama, persatuan itu menghargai perhatian yang diberikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap isu berkenaan.
01:29Menurut PKBM, tindakan Perdana Menteri yang meminta Ketua Siti Usaha Perbendaraan mengambil langkah susulan segera menunjukkan kerajaan serius mencari penyelesaian
01:38kepada cabaran yang dihadapi industri.
01:41PKBM berharap pengantifan semula VOP dapat dipertimbangkan dalam Belanjawan 2027 bagi membantu menjamin kelangsungan kontraktor Bumi Putera serta memastikan projek
01:51pembangunan negara dapat dilaksanakan dengan lancar tanpa menjejaskan kualiti dan tempoh pelaksanaannya.