00:00Kementerian Ekonomi menerima RM9,955 cadangan projek pembangunan baharu dan dalam pelaksanaan yang berdilai RM944 bilion pagi tahun 2027.
00:11Kementerian itu memaklumkan siling pembangunan berjumlah RM80.4 bilion diperlukan untuk pertimbangan di bawah proses perancangan pembangunan 2027.
00:23Jelasnya dalam jawapan bertulis di Parlimen, di bawah rancangan Malaysia ke-13 RMK 13, 2026-2030, kementerian dan agensi boleh
00:31mengemukakan permohonan bagi cadangan program serta projek pembangunan untuk pertimbangan Kementerian Ekonomi menerusi proses rolling plan.
00:38Ia bagi menjawab pertanyaan Datuk Seri Dori Sofya Anak Bro di GPS Sri Aman mengenai mekanisme yang digunakan kerajaan untuk
00:45memastikan setiap pengumuman projek pembangunan disertai dengan peruntukan jelas, garis masa pelaksanaan, sasaran dan agensi yang bertanggungjawab.
00:54Kementerian itu berkata, siasih libat urus turut diadakan bersama Kementerian, Kerajaan Negeri serta agensi berkaitan bagi memastikan keutamaan projek berasaskan
01:02keperluan, kapasiti pelaksanaan dan garis masa yang ditetapkan.
01:05Kementerian itu menambah RMK13 turut menetapkan sasaran tiada projek pembangunan yang dibiarkan tergendala atau tidak bermula pada tahun kedua selepas
01:14diluluskan dengan sasaran sifar peratus menjelang 2030.
01:17Langkah itu bertujuan memastikan setiap projek yang mendapat kelulusan dapat dilaksanakan dengan kadar segera tanpa sebarang kelewatan.