Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Setiausaha Agung GRS Datuk Armizan Mohd Ali berkata gabungan itu menyasarkan untuk menang jumlah kerusi lebih besar dalam PRU16 bagi memastikan suara Sabah yang dibawa di peringkat persekutuan lebih kukuh.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Gabungan rakyat Sabah GRS menyasarkan untuk menang lebih 15 kerusi parlimen pada pilihan raya umum ke-16 PRU-16.
00:09Setiusaha agung GRS, Datuk Armizan Muhammad Ali berkata, ia bagi memastikan suara Sabah yang dibawa gabungan itu di peringkat persekutuan
00:17lebih kukuh.
00:21Jelas Armizan, berdasarkan simulasi keputusan pilihan raya negeri lalu, gabungan itu secara asasnya berpotensi memenangi antara 14 hingga 15 kerusi
00:32parlimen.
00:33Bagaimanapun, jumlah lebih besar diperlukan bagi membolehkan GRS mempunyai suara yang lebih kuat dalam memperjuangkan kepentingan Sabah di peringkat persekutuan.
00:45Jadi kalau kita lihat dari segi kiraan simulasi, tidak termasuk dengan adanya APCO sekarang, kalau kita lihat kiraan undi simulasi
01:00DUN yang lepas, GRS on paper boleh menang dalam 14-15 kerusi parlimen.
01:07Tapi kita mahu lebih daripada itu, sebab kita mahu ada suara Sabah, solidariti Sabah itu melalui GRS dengan jumlah kerusi
01:22yang jauh lebih besar.
01:23Armizan berkata demikian selepas mensyuarat ahli majlis tertinggi GRS yang berlangsung di Sabah International Convention Center SICC, kota Kinabalu.
01:34Jelas Armizan, sasaran itu juga mengambil kira perkembangan semasa termasuk penyertaan APCO dalam GRS.
01:42Beliau berkata pengalaman pada pilihan raya negeri lalu menunjukkan jumlah kerusi sedia ada belum mencukupi untuk membolehkan GRS mempunyai kekuatan
01:52lebih besar dalam membawa kepentingan Sabah.
01:55Pada pilihan raya negeri lepas, kita tidak mencukupi hanya dengan 14 kerusi tersebut.
02:02Kita mahu lebih daripada itu.
02:04Jadi itu sebabnya supaya target kita dan gerak kerjaan kita itu diputuskan supaya lebih strategik, lebih berfokus.
02:14retain, support base yang ada dan menambah lagi kekuatan supaya kita ada suara bagi ini power yang jauh lebih kuat
02:26dalam mewakili kursi-kursi parlimen yang ada.
02:30Yang satu suara untuk membawa kepentingan Sabah di peringkat persekutuan.
02:35Justeru katanya gerak kerja GRS akan dilaksanakan secara lebih strategik dan berfokus termasuk mengekalkan pangkalan sokongan sedia ada serta memperluas
02:47kekuatan di kerusi-kerusi yang berpotensi.
02:51Terima kasih kerana menonton!

Recommended