Skip to playerSkip to main content
Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Umi Hamidaton Mohd Soffian Lee berkata Belanjawan 2027 tidak seharusnya hanya memberi tumpuan kepada program latihan dan peningkatan kemahiran, tetapi perlu memastikan ekonomi mampu mewujudkan pekerjaan berkualiti yang benar-benar menggunakan kemahiran tenaga kerja tempatan. #AgendaAWANI

Category

🗞
News
Transcript
00:00Apa yang nak kita bincangkan adalah masalah sebenarnya dia bukan hanya tertumpu kepada kemahiran semata-mata Ihsan. Maksudnya kita tidak
00:09melihat kepada berlakunya kekurangan kemahiran tetapi sebenarnya macam Ihsan kata tadi adakah berlaku kekurangan kemahiran tetapi tidak berpadanan antara kemahiran
00:19dan juga peluang pekerjaan yang kita tawarkan. Itu yang kita nak highlightkan.
00:22Kalau kita tengok hari ini mungkin kita nak katakan ada sebahagian-sebahagian graduan ataupun pekerja mereka mempunyai kelayakan akademi tetapi
00:32kemahiran ataupun apa yang mereka dapat ataupun apa yang mereka miliki dia tidak semestinya sepadan dengan apa yang ditawarkan oleh
00:41industri ataupun apa yang sebenarnya yang diperlukan oleh industri.
00:45Berkaitan dengan belanjawan ini konteks belanjawan 2027 ukuran kejayaan sebenar yang kita nak tahu jika belanjawan 2027 benar-benar mahu
00:53menangani isu tenaga mahim dan juga pekerjaan yang bernilai tinggi contohnya apakah antara tiga indikator utama yang perlu digunakan untuk
01:02mengukur kejayaannya dalam tempoh lima tahun akan datang terutamanya apabila kita bercakap berkaitan dengan belanjawan yang akan dibentangkan nanti.
01:09Okey. Nak tiga je ke Isan? Boleh kalau lebih.
01:13Okey. Kalau misalnya macam yang kita tengok apabila kita bercerita tentang belanjawan 2027 kita nak berbalik-baliklah kepada fokus kita
01:23adalah belanjawan dan bagaimana dia boleh reflect kepada kita punya asas perbincangan hari ini.
01:29Pada pandangan saya belanjawan 2027 dia perlu melihat isu yang kita bincangkan ini daripada perspektif yang lebih luas Isan.
01:37dan kita tidak boleh hanya bertanya ataupun melihat kepada berapa ramai sebenarnya pekerja yang telah dilatih sebenarnya Isan tetapi sepatutnya
01:46kita akan melihat kepada konteks yang lebih besar contohnya berapa banyak program yang ditawarkan untuk elemen upskilling and reskilling yang
01:53saya yang saya jangkakan mungkin ini akan ditengahkan dalam belanjawan 2027.
01:59yang mana sebanyak manalah program-program ini disediakan untuk menangani isu yang kita bincangkan ini.
02:07Dan persoalan yang lain yang lebih penting adalah setelah kita melatih kelompok ini adakah ekonomi negara kita bersedia menyediakan pekerjaan
02:17yang benar-benar memerlukan kemahiran tersebut?
02:19Kita dah latih ni Isan tapi dalam masa yang sama ada tak apa tu kita panggil ruang dan peluang untuk
02:27mereka apa tu compliment?
02:29Haa ataupun penyediaan pekerjaan tu lah yang saya rasa bersesuaian dengan penawaran training yang kita berikan.
02:37Dan kalau kita nak tengok hari ini kalau misalnya isunya sekarang kita bukan nak latih pekerja ataupun kita nak cipta
02:45pekerjaan tetapi sebenarnya kita nak latih pekerjaan mengikut kepada pekerjaan yang sedang dan bakal diwujudkan oleh ekonomi.
02:53Itu yang sepatutnya dilihat dalam Belanjawan 2027 dan dalam Belanjawan 2027 saya juga berharap agar dia bukanlah hanya menambah peruntukan
03:04untuk latihan semata-mata tetapi perlulah disertai dengan penciptaan pekerjaan yang berkemahiran tinggi.

Recommended