00:00Pesawat jet persendirian yang dikaitkan dengan cubaan menyeludut 521 kilogram metafetamin ke Filipina dipercayai berlepas dari lapangan terbang antarabangsa Sultan
00:10Abdul Aziz Shah, Subang tanpa membawa sebarang muatan dadah sebelum mengambil bekalan itu di Laos.
00:17Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik JSJN Bukit Aman, Datuk Husin Omar Han berkata, berdasarkan maklumat pihak berkuasa Laos, pesawat persewaan
00:26khas itu berlepas dari Subang menuju ke lapangan terbang antarabangsa Luang Prabang, Laos pada 1 Oktober lepas.
00:34Beliau berkata penerbangan berkenaan hanya dinaiki tiga individu terdiri daripada seorang juri terbang warga Singapura, pembantu juri terbang rakyat Malaysia
00:42dan seorang penumpang warga Filipina.
00:44Tegasnya lagi, dadah yang dirampas adalah untuk pasaran Manila, Filipina dan bukannya pasaran Malaysia.
00:50Pesawat berkenaan dipercayai digunakan untuk membawa muatan dadah tersebut dari Laos ke Manila.
00:55Mengulas kronologi kejadian berdasarkan maklumat dikongsi pihak berkuasa Laos, Husin berkata, pesawat itu tiba di lapangan terbang antarabangsa Luang Prabang
01:02kira-kira 11.30 pagi waktu tempatan.
01:04Beliau berkata kira-kira 1.30 tengah hari, dua kenderaan tiba di kawasan lapangan terbang sebelum beberapa kaki tangan di
01:11situ membantu memindahkan 23 beg dari kenderaan berkenaan untuk dibawa ke pesawat.
01:16Pemeriksaan ke atas kesemua, 23 beg berkenaan menemukan 500 bungkusan dadah disyaki jenis metafetamin seberat 521 kilogram.
01:24Susulan operasi pihak berkuasa Laos itu, seramai 13 individu ditahan termasuk 3 individu yang menaiki pesawat berkenaan dari Subang.
01:31Turut ditahan ialah 10 warga Laos terdiri daripada 3 kaki tangan syarikat perkhidmatan darat lapangan terbang dan 7 kaki tangan
01:38yang mengendalikan mesin pengimbas Sinar X.
01:40Kesemua suspek kini ditahan bagi membantu siasata lanjut pihak berkuasa negara berkenaan.
01:45Husin berkata, Polis Diraja Malaysia, PDRM turut memulakan siasatan menyeluruh dan akan menghantar pegawai JSJN ke Laos dalam masa terdekat
01:53bagi merakam percakapan suspek.