00:00Bertemu kembali, kerajaan mengutamakan penjagaan warga emas bersama keluarga, manakala penempatan di institusi jagaan hanya sebagai jalan terakhir.
00:10Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Syukri berkata, pendekatan itu selaras dengan prinsip penjagaan berasaskan keluarga dan
00:19konsep aging in place.
00:22Pendirian bahawa penjagaan terbaik bagi warga emas adalah di samping keluarga tersayang.
00:27Kementerian sentiasa memberi penekanan kepada prinsip penjagaan berasaskan keluarga ataupun family-based care dengan izin dan menerapkan konsep penuaan setempat
00:38ataupun aging in place.
00:40Mesej kerajaan adalah jelas, tanggungjawab menjaga warga emas bukanlah beban yang dipindahkan sewenang-wenangnya, sebaliknya institusi kekeluargaan merupakan benteng utama
00:51penjagaan.
00:52Manakala, kemasukan keinstitusi jagaan warga emas adalah jalan terakhir.
00:57Nancy menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Batang Sadung, Rodiah Sapie mengenai sokongan kepada penjaga keluarga.
01:04Rodiah sebelum itu membangkitkan kos penjagaan warga emas yang boleh membebankan keluarga berpendepatan rendah dan sederhana.
01:10Nancy mewaklumkan dalam usaha untuk membantu ahli keluarga, kerajaan menyediakan sokongan melalui beberapa kementerian dan agensi,
01:17antaranya geran pengumbahsuaian rumah mesra warga emas dan OKU serta diskaun tambang pengangkutan awam antara 30 hingga 50%.
01:25Kementerian Kesihatan menyediakan perkhidmatan rawatan domiciliary, rawatan kesihatan ke rumah, penjagaan palliatif serta projek rentis ataupun integrated care for older
01:36people ataupun ICOM.
01:39KPWKM turut menyediakan program sokongan saikol sosial dan latihan bagi meningkatkan keupayaan penjaga.
01:46Menerusi Institut Sosial Malaysia, Kementerian menyasarkan latihan kepada 2,000 penjaga warga emas tahun ini.
01:52Terima kasih telah menonton!