Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Pensyarah Kanan Fakulti Sukan dan Sains Eksesais, Universiti Malaya, Dr Mohamed Nashrudin Naharudin berkata, keberkesanan peruntukan kerajaan perlu diukur melalui pembangunan bakat, pencapaian atlet, pertumbuhan industri sukan serta manfaatnya kepada masyarakat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Peruntukan sektor sukan dalam belanjawan 2027 perlu dinilai berdasarkan pulangan yang mampu dijana, bukan sekadar jumlah dana atau bilangan program
00:09yang dilaksanakan.
00:11Pensyarahkanan Fakulti Sukans dan Sains Exercise Universiti Malaya Dr. Muhammad Nasruddin Nahardin berkata,
00:19pendekatan itu penting bagi memastikan perbelanjaan kerajaan dinilai berdasarkan hasil sebenar termasuk pembangunan bakat, prestasi atlet, pertumbuhan industri dan impak
00:30sosial.
00:31Kalau kita hanya mengukur kejayaan berdasarkan jumlah peruntukan atau jumlah program yang dilaksanakan, contohnya, kita fokus kepada input saja dan
00:40bukan output.
00:41Jadi, pertama, saya kena ada beberapa KPI yang mungkin saya boleh cadangkan sebelum belanjawan ini dibentangkan pada Jumat ini.
00:50Jumat ini, Jumat Oktober.
00:52Satu, kita kena lihat adakah peruntukan yang diberikan itu dapat membangunkan bakat.
00:58Dapat membangunkan bakat, berapa ramai bakat yang dikenalpasti dan bukan dikenalpasti saja, tapi bagaimana bakat-bakat ini boleh ada sambutan
01:10kemudiannya.
01:10dia punya, orang kata, macam mana tracknya, dia punya pipelinenya sebelum daripada grassroot, daripada development sampai ke elite atlet lain.
01:22Katanya, prestasi atlet elite juga perlu diukur berdasarkan pencapaian yang lebih jelas, seperti rekod peribadi, kedudukan dunia dan prestasi di
01:31pentas antarabangsa.
01:32Menurutnya, ukuran sedemikian penting bagi memastikan pelaburan dalam sukan benar-benar membawa negara lebih hampir kepada sasaran utama.
01:40termasuk memburu pingat emas olimpik.
01:42Pada masa sama, aspek pembangunan manusia selepas tamat kerjaya sebagai atlet tidak boleh diketepikan.
01:48Memandangkan tempoh seseorang atlet berada pada tahap prestasi tertinggi adalah terhad.
01:53Justru perancangan perlu diwujudkan bagi membolehkan pengalaman dan kepakaran bekas atlet terus dimanfaatkan dalam ekosistem sukan selepas mereka besara daripada
02:02arena pertandingan.
02:03Selain prestasi, pulangan ekonomi perlu menjadi satu lagi ukuran penting dalam menentukan keberkesanan peruntukan sektor sukan.
02:11Ujar beliau, industri itu perlu bergerak daripada sekadar menjadi sektor yang menerima perbelanjaan kerajaan kepada ekosistem yang mampu mencana pekerjaan,
02:20syarikat tempatan dan peluang perniagaan baru.
02:22Beliau berkata demikian dalam program niaga awal ini pada Rabu.
02:25Terima kasih.

Recommended