Skip to playerSkip to main content
  • 2 weeks ago
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengecam serangan berterusan kumpulan Houthi terhadap Arab Saudi, sambil memberi amaran krisis kemanusiaan di Yemen semakin memburuk.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB mengecam serangan berterusan kumpulan Houthi terhadap Arab Saudi sambil memberi amaran krisis kemanusiaan di Yemen
00:08semakin memburuk.
00:10Menurut jurucakap PBB, Stefan Dujarik, serangan terbaru itu dilaporkan berlaku di Jazan dan Najran selain serangan berhampiran Riyadh serta lapangan
00:18terbangnya.
00:22Beliau menggesa semua pihak supaya mengamalkan sikap terkawal dan memastikan keselamatan orang awam terus dilindungi.
00:30Menurut Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi IOM, lebih 184,000 penduduk Yemen terpaksa berpindah sejak 1 Ogos termasuk lebih 21,000
00:39orang dalam tempoh seminggu lalu.
00:42Dujarik berkata agensi bantuan setakat ini berjaya menyalurkan bantuan kepada lebih 126,000 penduduk namun keperluan kemanusiaan semakin melebihi sumber
00:51yang tersedia.
00:52Jalan raya yang disekat pula mengehadkan pergerakan orang awam, bekalan komersial serta ases bantuan kemanusiaan.
01:00Keadaan itu turut menyebabkan kekurangan barangan keperluan asas selain peningkatan harga makanan dan bahan api.

Recommended