00:00Gabungan tentera yang diketuai Arab Saudi memaklumkan berjaya memintas dan mengustahkan tiga peluru berpandu balestik yang dilancarkan kumpulan Houthi dari
00:08Yemen ke arah Arab Saudi.
00:10Jurcakat gabungan, Major General Turki Al-Maliki berkata, dua daripada peluru berpandu berkenaan disasarkan ke Ibu Negara Riyad, manakala satu
00:19lagi ditujukan ke Khamis Mesyid di wilayah Asir.
00:24Menurut beliau, ketiga-tiga peluru berpandu itu berjaya dipintas dan dimusnahkan sebelum mengenai sasaran.
00:31Insiden terbaru itu berlaku ketika pasukan kerajaan Yemen melancarkan operasi baru yang dinamakan Fajar Yemen bagi mengembalikan gawalan kerajaan ke
00:40atas wilayah yang dikuasai kumpulan Houthi.
00:44Operasi tersebut teruai bertujuan memulihkan institusi kerajaan yang terjejas akibat konflik berlarutan di negara itu.
00:50Yemen dilanda krisis sejak 2014 apabila kumpulan Houthi menawan Ibu Negara Sana'a dan beberapa kawasan lain.
00:58Situasi itu menyaksikan campur tangan gabungan tentera pimpinan Arab Saudi pada 2015 bagi menyokong kerajaan Yemen yang diiktiraf masyarakat antarabangsa.
01:08Selepas tempoh tenang susulan genjatan senjata pada 2022, pertempuran dilaporkan kembali memuncak sejak Julai lalu.