00:00Sekolah di Kedah, Kelantan dan Terengganu akan beroperasi seperti biasa pada ahad berikutan bacaan indeks pencemar udara IPU di ketiga
00:09-tiga negeri itu masih terkawal.
00:11Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadlina Siddiq berkata, Kementerian Pendidikan KPM akan terus memantau perkembangan kualiti udara dari semasa ke semasa
00:19susulan keadaan jerebu yang melanda negara ketika ini.
00:24Katanya dalam kenyataan, Sekolah di Kedah, Kelantan dan Terengganu beroperasi seperti biasa pada 11 Oktober memandangkan bacaan IPU masih terkawal.
00:34Sebelum ini, KPM mengarahkan semua institusi pendidikan di bawahnya yang mencatatkan bacaan IPU melebihi 180 ditutup mulai 9 Oktober.
00:44Manakala kawasan yang merekodkan bacaan melebihi 150 selama tiga hari berturut-turut perlu ditutup mulai 12 Oktober.
00:52Penutupan itu bertujuan melindungi keselamatan dan kesihatan murid serta waga pendidikan daripada kesan jerebu.