Skip to playerSkip to main content
Menggunakan pendekatan aulawiyat atau mendahulukan perkara yang lebih utama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar menjelaskan bahawa kerajaan perlu membetulkan pengurusan kewangan terlebih dahulu.

Katanya, wang negara mesti dijimatkan, pembaziran dihentikan dan ketirisan dibendung dan apabila hasil penjimatan berjaya dikumpulkan, lebihan itu boleh dikembalikan kepada rakyat.

#Bajet2027AWANI 
#Belanjawan2027
#AWANInews

Category

🗞
News
Transcript
00:00Tapi sebelum kita bicara soal tarikh hidup, pencerahan ini harus ada.
00:04Saya dengan Presiden Mesir sebentar tadi, apa yang dibicarakan?
00:08Pertumbuhan sekitar 4-5%.
00:09Inflasi daripada 30% turun 20%, 15%.
00:14Dia terpaksa hadapi keadaan situ.
00:17Kita, inflasi 2% itu membebankan.
00:23Dan tanya saya, jangan tunggu jadi 3%.
00:252% itu, walaupun angka itu, dia antara paling kecil di dunia.
00:30Tapi membebankan sebalangan rakyat, terutama yang pendapatan rendah.
00:34Sebab itu orang tanya saya, kenapa tidak boleh buat 2 tahun yang lalu?
00:37Kita ambil, kita akan selesaikan ikut urutan keutamaan dia.
00:42Yang disebut awlawiat.
00:44Yang utama apa dulu?
00:45Kena betulkan.
00:47Wang mesti dijimatkan.
00:49Jangan boros, jangan hilang.
00:52Jangan tiris.
00:53Jadi, kalau dapat kumpul, sekarang dah terkumpul.
00:59Jadi, daripada terkumpul itu, boleh pulang kepada rakyat.
01:04Bukan pulang kepada allow menteri.
01:07Jadi, yang terkumpul itulah yang kita boleh bagi.
01:10Kalau orang tanya, mengapa tidak bagi tahun lalu atau 2 tahun lalu?
01:13Kita kena selesaikan dulu.
01:15Hutang, jimatkan.
01:17Kemudian, apa yang keutamanya?
01:19Pertahanan kita teruk, rumah tentera, rumah polis teruk.
01:21Jadi, sekolah tak cukup.
01:25Semua ini kita kena teliti, ikut urutan.
01:28Dan sekarang ini, saya katakan, kita lebih ada keupayaan yang lebih sikit.
01:34Tapi, syarat jangan izinkan.
01:37Lagi bocor semula.
01:39Jadi, balik ke pangkal jalan yang asal.
01:42Jadi, ini hikmahnya.
01:44Bila orang tanya, tak terkelola.
01:45Tak terkelola ni untuk apa tak terkelola?
01:47Tak terkelola inilah yang menyebabkan kita boleh bagi kasut, sukan.
01:52Kita boleh bagi, ya tadi saya katakan, gaji minima untuk pekebun getah, untuk pesawah padi.
02:02Semua elah-elah ini kerana kita dapat cermat dan elak daripada ketirisan.
02:11Ini yang disebut, tak terkelola.
02:13Tetapi, dia tergantung kepada pesawah pembangunan juga.
02:19Kalau kita fikirkan, ada wang lebih.
02:21Mungkin kita bina tuguh-tuguh dan mahaligai.
02:25Tapi, wang yang lebih itu, bagi saya, dalam mengakar ke bumi ini, maknanya,
02:33menggapai ke langit senang.
02:34Di langit senanglah, maknanya semua yang baru-baru.
02:36Pelaburan, IT, AI.
02:39Tetapi, bila mengakar di bumi ini, gaji dia, harga parang dia,
02:49masalah OKU, masalah anak yang tak dapat kemudahan asas.
02:56Ini yang kita mengakar ke bumi.
02:58selain daripada soal nilai, akhlak, budaya.
03:02Sebab itu, peruntukan untuk latihan pendidikan Islam
03:07dan menyantuni masyarakat yang bukan Islam juga,
03:11rumah-rumah amadat mereka itu, kita berikan tubuhan.
03:15Saya tertarik.

Recommended