00:00Pihak berkuasa Thailand mencadang menambah peruntukan penalti dalam kontrak pengendalian darat Thai Airways susulan kegagalan perkhidmatan baru-baru ini di
00:08lapangan terbang Suvarna Bumi yang menjejaskan pelanggan.
00:12Syarikat Thai Airways International Public Company Limited mengalami masalah dalam perkhidmatan pengendalian darat serta pengurusan beban kerja gudang kargo di
00:21lapangan terbang Suvarna Bumi dari 26 hingga 30 September lalu.
00:26Lebih 10,000 bagasi terkumpul selepas banjir menghalang kakitangan Thai Airways daripada hadir bekerja. Sekaligus menjejaskan operasi pengasingan dan pengendalian
00:36bagasi.
00:37Menteri Pengangkutan Pipat Raja Kit Prakan berkata insiden itu menjejaskan reputasi Thailand dan merugikan pelanggan.
00:46Beliau difahamkan sebanyak 80 beg penumpang masih belum dipulangkan sementara pihak berkenaan menghubungi pemilik untuk mengatur penghantaran.
00:54Kementerian Pengangkutan membincangkan perkara itu dengan Airports of Thailand Public Company Limited, AOT.
01:01Kedua-dua pihak bersetuju kontrak pengendalian darat Thai Airways perlu dikaji semula dan dipindah walaupun perjanjian sedia ada antara AOT
01:09dengan syarikat penebangan itu masih berbaki 15 tahun.
01:14Kajian semula itu bertujuan memasukkan peruntukan penalti dalam kontrak bagi perkhidmatan pengendalian darat dan pengurusan gudang kargo.
01:22Berbeza dengan kontrak pengendalian lain, perjanjian sedia ada Thai Airways tidak mempunyai peruntukan denda atau penalti.
01:30Pipat berkata pindaan kontrak itu dapat membantu mengelakkan kejadian sama berulang sehingga menimbulkan masalah kepada pelanggan.
01:38Beliau berkata kementerian dan AOT akan terlebih dahulu mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan yang menyelia Thai Airways yang menjadi pemegang
01:47saham utama syarikat penebangan itu.