00:00Sekurang-kurangnya 11 maut manakala 27 lagi cedera pada Ahad selepas sebuah bas pelancong bertembung dengan sebuah truk tunda di
00:08wilayah Manisa, Barat Turki.
00:10Kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi ketika bas tersebut dalam perjalanan dari Bursa menuju ke Izmir.
00:19Pejabat Gubernur Manisa menyatakan pihaknya menerima laporan mengenai kemalangan itu pada jam 11.11 pagi dan pihak berkuasa mengerahkan ambulans,
00:27anggota bomba dan pasukan polis ke lokasi kejadian.
00:31Katanya pasukan perubatan dan penyelamat telah dikerah ke lokasi kejadian dan usaha menyelamat mangsa yang terlibat giat dilakukan.
00:39Siasatan awal mendapati semua mangsa yang terkorban dan cedera adalah rakyat Turki.
00:44Sementara mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital.
00:48Menteri dalam negeri Turki Mustafa Cifci sahkan jumlah kematian tetapi menyatakan bilangan mereka yang cedera adalah seramai 26 orang berdasarkan
00:56dapatan awal.
00:57Katanya pihaknya sedang memantau situasi dengan teliti melalui penyelarasan dengan semua institusi berkaitan.
01:03Punca kemalangan masih dalam siasatan.