00:00Seorang ibu tunggal warga Indonesia mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka pada Isnin atas dua pertuduhan iaitu melacurkan diri
00:09dan berkurung dengan seorang lelaki bukan mahram di sebuah rumah tumpangan di Melaka.
00:14Tertuduh Ika Sitepu, 38 tahun, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Muhammad Daud.
00:23Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melacurkan diri dengan seorang lelaki bukan Islam berusia 44 tahun yang bukan suaminya yang sah
00:32mengikut hukum syarak kira-kira jam 3 petang pada 11 Oktober lalu.
00:38Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 75 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991.
00:45Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa berkurung dalam keadaan yang mendatangkan syak dengan lelaki yang sama di lokasi, tarikh dan masa
00:54yang sama.
00:55Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 53 Kurungan 2 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991.
01:03Berdasarkan fakta kes, penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka, Jaim, menjalankan operasi pencegahan pada 11 Oktober lalu sebelum menemui tertuduh bersama
01:13lelaki berkenaan di lokasi tersebut.
01:16Hasil siasatan mendapati, tertuduh mengaku tidak mengenali lelaki berkenaan yang merupakan pelanggan bagi mendapatkan khidmat urut selama 15 minit dengan
01:26bayaran RM40 serta perkhidmatan seks berharga RM20.
01:30Siasatan turut mendapati tertuduh memasuki Malaysia pada 1 September lalu menggunakan pas pelancong dan bekerja di rumah tumpangan berkenaan sejak
01:40kira-kira dua minggu lalu dengan menawarkan berkhidmatan urut serta seks.
01:45Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM2,000 bagi kesalahan berkurung dalam keadaan yang mendatangkan syak dan RM3,000 bagi kesalahan
01:54melacurkan diri.