00:00Seorang pelajar Universiti Warga Indonesia ditahan selepas disyaki cuba menyeludup 4 kilogram syabu dari Malaysia ke Sumatera Utara.
00:09Lelaki berusia 21 tahun itu ditahan di terminal ketibaan feri antarabangsa Teluk Nibong, Tanjung Balai pada Sabtu selepas tiba dari
00:17Port Dixon, Negeri Sembilan.
00:22Memetik media Indonesia pada Isnin kegiatan itu terbongkar selepas pegawai kustom mengesan sesuatu yang mencurigakan ketika pemeriksaan estri bagasi.
00:31Pemeriksaan lanjut terhadap beg pakaian berwarna biru milik suspek menemukan lapan bungkusan plastik mengandungi syabu yang disembunyikan dalam ruang dinding
00:40palsu beg berkenaan.
00:41Menurut laporan Sumut Post, Ketua Unit Siasatan Narkotik Polis Tanjung Balai AKP UDF berkata,
00:49suspek yang berasal dari Medan itu dipercayai bertindak sebagai keldai dadah selepas dijanjikan upah 30 juta rupiah.
00:57Dadah dipercayai diperoleh daripada seorang lelaki di Malaysia sebelum dirancang untuk dihantar kepada individu lain di Medan.
01:04Polis turut merampas dua telefon bimbit, pasport, tiket feri dan wang tunai ringgit Malaysia.
01:09Manakala dua individu yang dikaitkan dengan kegiatan itu masih dikesan.
01:13Suspek kini ditahan bagi membantu siasatan lanjut mengikut Undang-Undang Narkotik Indonesia.