00:00Majlis Hugama Islam Singapura MUIS mempertingkat langkah kesiapsiagaan menghadapi jerebu di masjid, madrasah dan tadika berasaskan masjid.
00:09Langkah itu dibuat bagi melindungi jemaah, pelajar serta kaki tangan sekiranya keadaan bertambah buruk.
00:19Menurut MUIS, masjid akan terus dibuka untuk solat berjemaah harian dan solat Jumaat dengan langkah berjaga-jaga dilaksanakan.
00:26Katanya sekiranya indeks pencemaran udara PSI 24 jam mencecah tahap sangat tidak sihat, iaitu 201 hingga 300, masjid akan menggantung
00:36program dan aktiviti luar yang tidak penting.
00:39Tambah MUIS, pengaturan solat juga mungkin disesuaikan mengikut keadaan jerebu semasa, kemudahan dalaman yang tersedia, serta nasihat kesihatan kebangsaan.
00:48Madrasah dan tadika berasaskan masjid, dinasihatkan supaya mematuhi garis panduan yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan dan Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak,
00:58ECDA.
00:59Sementara itu, kualiti udara di Singapura kekal pada tahap tidak sihat pada Isnin dengan bacaan PSI 24 jam antara 104
01:06hingga 147 setakat satu tengah hari, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan, NEA.
01:14Bacaan PSI 24 jam mencatatkan 147 di kawasan tengah dan barat, 133 di timur, 115 di selatan, serta 104 di
01:26utara.