00:00Kerajaan Negeri Johor akan melaksanakan solat hajat di semua masjid dan surau di seluruh negeri bermula Isnin sehingga keadaan kembali
00:08pulih.
00:09Susulan jerebu ketika ini, Esko Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Muhammad Farid Muhammad Khalid berkata, solat hajat itu diadakan selepas
00:17solat maghrib.
00:20Ia sebagai usaha memohon pertolongan dan pelindungan daripada Allah SWT agar keadaan kualiti udara kembali baik serta kesihatan rakyat sentiasa
00:31terpelihara.
00:32Beliau menerusi satu hantaran di Facebook pada Isnin berkata, seluruh umat Islam diseru untuk bersama-sama menyertai solat hajat serta
00:41memperbanyakkan doa dan munajat agar keadaan jerebu dapat diatasi.
00:46Tambahnya Kerajaan Negeri Johor berharap agar usaha itu menjadi ikhtiar dalam memohon kesejahteraan seluruh rakyat dan keadaan kembali pulih seperti
00:56sediakala.