Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
JSJN akan menghantar pasukan ke Jepun bagi menyiasat kemungkinan penglibatan sindiket dadah di Malaysia dan antarabangsa.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kemudian, Jabatan Siasatan Jenayah Nekrotik GSJN Bukit Aman akan menghantar pasukan ke Jepun bagi menjalankan siasatan dan mendapatkan maklumat mengenai
00:08rangkaian sindiket dadah di Malaysia serta peringkat antarabangsa.
00:13Menurut pengarahnya, Datuk Husin Omar ini susulan penahanan lima rakyat Malaysia di lapangan terbang antarabangsa Hanida Tokyo selepas didakwa menyembunyikan
00:21lima kilogram kokain di dalam pelapik kasut.
00:27Jelasnya, Sema akan mendapati kumpulan itu pada asalnya terdiri daripada enam individu berusia antara 19 hingga 26 tahun yang berlepas
00:36dari Terminal 2, lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur sehari sebelumnya untuk melancong.
00:41Bagaimanapun, hanya lima daripada mereka iaitu dua lelaki dan tiga wanita ditahan manakala seorang lagi sudah pulang ke Malaysia.
00:49JSJN sudah mengenalpasti kesemua individu terbabit dengan lima daripada mereka berasal dari Sarawak dan tiada seorang pun mempunyai rekod jenayah.
00:58Menurut Husin, pihak berkuasa kustom Jepun menemukan dadah berkenaan di dalam pelapik kasut yang dipakai kesemua suspek.
01:05Orang ramai dinasihati supaya beruas pada terhadap tawaran percutian yang memerlukan mereka membawa beg atau barangan milik individu lain ke
01:13luar negara bagi mengelakkan daripada diperalat sebagai keldai dadah.
01:19Terima kasih telah menonton!

Recommended