00:00Saya ingin mendapat penjelasan isu penting yang diperkatakan berbagai pihak yang berkait langsung dengan timbalan menteri.
00:08Minta maaf, ini mungkin keluar tajuk sikit, iaitu berkaitan dengan the new age movement dan kaitan dengan timbalan menteri.
00:17Mungkin medan ini adalah medan yang baik untuk mendapat penjelasan. Terima kasih.
00:23Baik, saya nak nasihatkan menteri, ada pilihan. Jawab bertulis atau tak jawab pada soalan kedua kerana ia jauh menyimpang di
00:34soalan itu. Namun terpulang pada timbalan menteri. Silakan.
00:37Baik, terima kasih. Dan berkaitan dengan soalan yang kedua, saya yakin yang berhormat pokok senar tahu peraturan dalam dewan ya.
00:44Dan saya tidak akan menjawab soalan ini tetapi saya ingin mengingatkan semua termasuk YB Pokok Senar dan semua YB yang
00:52berada di sini termasuk diri saya sendiri.
00:54Sebelum kita membuat judgement ataupun mempercayai cerita-cerita di luar, apa kata kita ingat pesan Allah dalam surah Al-Hujurat
01:04untuk kita bertabayun, untuk kita selidik dan semak.
01:07Saya berada di parlimen Tansri Datuk yang dipertua sampai malam-semalam tapi tidak ada pun usaha daripada pihak pokok senar
01:14untuk berjumpa saya sendiri dan bertanya tentang isu ini.
01:18Dan sangat tidak adil untuk menghukum saya hanya berdasarkan cerita sebelah pihak. Jadi saya ingin mengajak ayuh kita bertabayun. Semoga
01:26perjuangan Islam kita bukan hanya sekadar lantang bersuara tetapi kita menghidupkan akhlak dalam perjuangan kita. Sekian terima kasih.