Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata perkembangan kecerdasan buatan (AI), automasi dan pendigitalan perlu dilihat sebagai peluang untuk menstruktur semula ekonomi negara ke arah mencapai status berpendapatan tinggi.

"Perkembangan kecerdasan buatan (AI), pendigitalan, dan juga automasi telah mengubah lanskap pasaran buruh serta menyebabkan peralihan daripada kebergantungan terhadap kekuatan fizikal dan kerja manual semata-mata kepada kemahiran analitikal, kognitif, serta kelincahan digital," jelasnya.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Perkembangan kecerdasan buatan ataupun AI, pendigitalan dan juga otomasi telah mengubah landscape pasaran buruh dan menyebabkan peralihan daripada kebergantungan terhadap
00:12kekuatan fizikal dan kerja manual semata-mata kepada kemahiran analitikal, kognitif serta kelincahan digital.
00:21Perkembangan ini tidak dilihat sebagai satu ancaman tetapi merupakan peluang untuk menstruktur semula ekonomi dan juga untuk kita mencapai sasaran
00:32negara berpendapatan tinggi dengan tumpuan diberikan kepada ekonomi yang berteraskan penciptaan nilai, terutamanya industri yang mempunyai pertumbuhan dan nilai yang
00:42tinggi ataupun HGHV serta sektor strategik berimpak tinggi.
00:47Hal ini akan membolehkan penciptaan lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran seperti mana yang kita gariskan dalam Rancangan Malaysia ke-13
00:55untuk kita tingkatkan komposisi pekerja mahir daripada jumlah tenaga kerja kepada 35% menjelang tahun 2030.
01:05Pada tahun 2025, komposisi pekerja mahir adalah pada paras 30.1%, manakala 57% pekerjaan adalah separuh mahir dan juga
01:1712.9% adalah berkemahiran rendah.
01:20Pembangunan dasar jangka sederhana dan panjang sama ada yang berbentuk makro ataupun sektoral telah mengambil kira atau juga memperincikan keperluan
01:30bakat dalam kita menghadapi perkembangan teknologi terkini.
01:34Contohnya, selain daripada RMK ke-13, pelan industri, indok perindustrian baharu ataupun NIRP 2030, pelan hala tuju, peralihan tenaga negara
01:46ataupun NETA dan juga strategi semikondukter nasional dan juga pelan tindakan Malaysia Digital 2030.
01:52terima kasih kerana menonton!
01:53Terima kasih kerana menonton!

Recommended