00:00Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan menyiasat dawaan penyelewengan dalam urusan pengeluaran PAS khas yang dilaporkan berlaku di Pejabat
00:09Imigresen Kuala Lumpur.
00:10Pengarahnya Dato' Hamsyar Injau berkata bahagian integriti jabatan itu akan menjalankan siasatan bagi menentukan kesahihan dawaan itu dan tidak berkompromi
00:20terhadap sebarang salah laku.
00:23Dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya terdapat bukti pelanggaran undang-undang atau peraturan.
00:32Beliau turut menasihatkan orang ramai untuk berurusan melalui saluran rasmi Jabatan Imigresen Malaysia dan tidak menggunakan khidmat orang tengah.
00:41Pada Sabtu, sebuah portal berita melaporkan dawaan kemudahan PAS khas yang sepatutnya membantu warga asing berdepan hal kecemasan dan mendesak,
00:50dipercayai disalahgunakan secara sistematik untuk melanjutkan tempoh keberadaan mereka di Malaysia.
00:56Laporan itu juga mendakwa kegiatan tersebut melibatkan orang tengah tempatan yang menguruskan permohonan, mengumpul pasport permohon dan menghantar gambar mereka
01:07kepada pegawai imigresen melalui aplikasi pesanan untuk pengesahan awal.
01:12Terima kasih telah menonton!