00:00Seterusnya, peperiksaan sijil menengah agama SMA yang dijadualkan berlangsung pada 19 hingga 23 Oktober ini akan diteruskan seperti yang ditetapkan.
00:10Peperiksaan sijil menengah rendah agama di Sekolah Menengah Agama Negeri Johor di daerah Batu Pahat bagi mata pelajaran Lugah Arabiah
00:18Muasirah yang dijadual pada 20 Oktober ini turut diteruskan.
00:24Menurut pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Muhammad Farid Muhammad Khalid, peperiksaan akhir tahun bagi murid tahap 1 iaitu
00:33darjah 1 hingga darjah 3 Sekolah Agama Kerajaan Johor yang dijadualkan berlangsung dari 19 hingga 23 Oktober akan diteruskan.
00:42Ujian lisan Al-Quran bagi ujian penilaian kelas Al-Quran dan Fardu Ain 2026 untuk murid darjah 5 pula dilanjutkan
00:52hingga 21 Oktober.
00:55Manakala ujian lisan Al-Quran dan hafazan bagi peperiksaan akhir tahun murid darjah 1 hingga darjah 5 dilanjutkan hingga 5
01:04Oktober.
01:05Penetapan itu dilakukan lembaga peperiksaan bahagian pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
01:11Ia susulan pengumuman Kerajaan Negeri Johor pada Sabtu yang memutuskan meneruskan penutupan sekolah dan institusi pendidikan di seluruh negeri selama
01:205 hari lagi bermula Isnin, susulan situasi jerebu.
01:25Muhammad Farid menambah arahan tersebut turut terpakai kepada institusi pendidikan agama di bawah bidang kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor.