Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Penutupan sekolah dan institusi pendidikan di seluruh Johor dilanjutkan selama lima hari bermula 19 hingga 23 Oktober susulan keadaan jerebu dan kualiti udara masih membimbangkan.
Transcript
00:00Dalam perkembangan berkaitan, Johor melanjutkan penutupan sekolah dan institusi pendidikan di seluruh negeri itu selama lima hari bermula esok 19
00:08Oktober hingga 23 Oktober ini.
00:11Susulan keadaan jerebu dan kualiti udara masih memimbangkan.
00:14Eksiko Pendidikan dan Penerangan Negeri Dr. Mohd Nakib Madh Ghazali berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan hasil mesyuarat penyelarasan pengurusan jerebu
00:23negeri Johor semalam.
00:26Jelas nakib keputusan itu mengambil kira bacaan indeks pencemaran udara IPU yang masih memimbangkan tanpa perubahan ketara selain pergerakan angin
00:35ke arah utara dan unjuran cuaca bagi tempoh 3 hingga 4 hari akan datang.
00:40Tambah beliau, keputusan pembukaan semula institusi pendidikan akan dinilai berdasarkan perkembangan kualiti udara, ramalan cuaca serta penilaian kesehatan semasa.
00:51Pengecualian secara terhad untuk hadir ke sekolah boleh dipertimbangkan bagi murid yang perlu menuduki peperiksaan atau pentaksiran tertentu.
01:00Ia tertakluk kepada penyelarasan Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan pematuhan prosedur operasi standar kesihatan yang ketat.
01:07Sekolah di Batu Pahat ditutup pada 7 Oktober lalu susulan bacaan IPU melebihi 200 sebelum penutupan dipeluaskan ke seluruh Johor
01:15pada 8 dan 9 Oktober.
01:18Penutupan kemudian dilanjutkan dari 12 hingga 16 Oktober.
01:23Dalam perkembangan berkaitan sebanyak 30,648 kes asma dan jangkitan saluran pernafasan atas atau URTI direkodkan sepanjang Oktober ini dengan
01:34peningkatan mingguan sebanyak 20.7%.
01:38Terima kasih kerana menonton!
01:38Terima kasih kerana menonton!

Recommended