00:00Penduduk di kawasan luar bandar khususnya di pedalaman kini dapat mengakses pelbagai perkhidmatan kerajaan dengan lebih mudah menerusi program Sentuhan
00:09Kasih Rakyat di Dewan Undangan Negeri Tanjung Kapur Kudat.
00:13Menerusi program itu, Jabatan Tanah dan UKO menyediakan perkhidmatan semakan serta mengemas kini maklumat geran tanah termasuk pembetulan kesilapan ejaan
00:22nama dan nombor kad pengenalan.
00:27Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kosari Hidup Datuk Armizan Muhammad Ali berkata, urusan tersebut boleh diselesaikan dalam tempoh maksimum satu
00:36jam.
00:37Pada masa sama, penduduk juga mendapatkan khidmat pengesahan dokumen secara percuma menerusi jaksa pendamai yang menyertai program tersebut.
00:46Tetapi melalui program ini, kita membawa bersama antara penerima-penerima jaksa pendamai, JP yang ada di Sabah ini, yang diselaraskan
00:58oleh Majabs,
01:00Majlis Jaksa Pendamai untuk memberikan khidmat sukarela secara percuma.
01:07Kalau persediaan sumpah, dia kena bayar. Kalau jaksa pendamai ini, dia kena hanya untuk tujuan charitable purpose.
01:17Jadi mereka datang memberikan bantuan pengesahan, jadi rakyat tidak perlu membayar langsung sama ada untuk kemas kini geran dan juga
01:28pengesahan dokumen.
01:29Program itu turut menghimpunkan 34 agensi kerajaan persekutuan dan negeri berangkumi penyampaian bantuan syukur, sesi interaksi bersama penerima, jualan rahmah
01:40madani serta pelbagai inisiatif lain.
01:43Berdasarkan data terkini kerajaan negeri, seramai lebih 14,000 ketua isi rumah di Parlimen Kudat direkodkan sebagai penerima bantuan syukur
01:53sebanyak RM200 sebulan.
01:55Sesi interaksi bersama penerima juga diadakan bagi mengumpul maklumat dan menilai perubahan sosioekonomi mereka, selaras dengan matlamat bantuan itu untuk
02:05membantu golongan berpedabatan rendah keluar daripada kemiskinan.
02:09Almizan berkata pendekatan menghimpunkan pelbagai agensi di satu lokasi bukan sahaja memudahkan urusan rakyat, malah diharap dapat diperluas ke kawasan
02:19Dewan Undangan Negeri lain.