• 5 weeks ago
Prestasi ekonomi Malaysia yang berkembang 5.3 peratus pada suku ketiga 2026 dijangka menyokong ringgit, dengan mata wang tempatan berpotensi diniagakan antara RM4.07 hingga RM4.09 berbanding dolar AS minggu depan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sementara itu, ringgit dijangka diniagakan dalam julat kecil berbanding dolar Amerika dengan kecenderungan meningkat minggu depan antara RM4.07 hingga
00:09RM4.09
00:09berikutan anggaran awal pertumbuhan keluaran dalam negara khasal KDNK Malaysia bagi suku ketiga 2026 lebih tinggi daripada jangkaan.
00:18Menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Muammala Malaysia Berhad Dr. Mohd Afzani Zabdur Rashid,
00:22pertumbuhan KDNK Malaysia berdasarkan anggaran awal bagi suku ketiga 2026 mencatatkan kadar lebih tinggi daripada jangkaan iaitu 5.3%.
00:33Katanya angka terkini itu menunjukkan ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan dan tidaklah mengejutkan sekiranya pertumbuhan KDNK bagi keseluruhan tahun
00:42menjecah paras lebih tinggi daripada unjuran semasa antara 4.8 hingga 5.3%.
00:49Ini berikutan pertumbuhan bagi sembilan bulan pertama 2026 telah mencapai 5.5%.
00:56Pada Jumat, Jabatan Perangkat Malaysia Dossom melaporkan ekonomi Malaysia dianggarkan berkembang sebanyak 5.3% pada suku ketiga 2026
01:05selepas mencatatkan pertumbuhan 6.0% pada suku tahun sebelumnya.
01:10Dalam laporan anggaran awal KDNK bagi suku ketiga 2026 hari ini,
01:15Dossom maklumkan ini disokong oleh prestasi positif merentas ke semua sektor ekonomi
01:20kecuali perlombongan dan pengkuarian yang merekodkan penguncupan.
01:24Dossom maklumkan secara komunitif, bagi tiga suku tahun pertama 2026,
01:29ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.5%,
01:33lebih tinggi berbanding 4.8% yang direkodkan dalam tempoh yang sama pada 2025.
01:39Sektor perkhidmatan kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi pada suku ketiga 2026
01:45dengan merekodkan peningkatan sebanyak 5.4%.
01:49Berbanding suku kedua 2026, 5.9% didorong oleh subsektor perdagangan borong dan runcit,
01:57maklumat dan komunikasi serta keuangan dan insurans.
02:00Sementara itu, bagi perbandingan Jumaat hingga Jumaat,
02:03ringgit meningkat berbanding dolar Amerika kepada 4.0795 palang 0835
02:10daripada 4.0830 palang 0875 pada minggu sebelumnya.
02:16Unit tempatan diniagakan lebih rendah berbanding sekumpulan matawang utama lain
02:20sepanjang minggu berkenaan.
02:22Ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding matawang ASEAN.

Recommended