00:00Dalam hari itu, di Pulau Pinang, seramai 27 mangsa daripada 9 keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara atau PPS di
00:07Sekolah Kebangsaan Sri Penanti, susulan banjir yang melanda kawasan Kubang Semang pada Sabtu malam.
00:13Menurut Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang, PPS berkenaan dibuka pada jam 8.30 malam, manakilkan semua mangsa dipindahkan
00:21ke lokasi itu oleh pihak polis.
00:24Penolong pengarah bahagian operasi kebombaan dan penyelamat Pulau Pinang, John Sang Francis berkata, anggota dari Balai Bomber dan Penyelamat Penanti
00:32turut digerakkan ke Masjid Kubang Semang selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 9 malam.
00:37Menurut beliau, hujah lebat menyebabkan air memasuki 8 buah rumah dengan paras banjir dianggarkan setinggi lutut.
00:45Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terperangkap dan tiada operasi menyelamat perlu dijalankan.
00:50Pihak bomber maklumkan keadaan di lokasi kini terkawal dan paras air menunjukkan tanda menurun.
00:56Namun, pemantauan akan diteruskan dari semasa ke semasa.
01:00Setakat jam 11 malam, Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat merekodkan seramai 27 mangsa daripada 9 keluarga ditempatkan di PPS tersebut.
01:09Daripada jumlah itu, 17 adalah dewasa dan 10 kanak-kanak, termasuk 4 warga emas dan 4 orang kurang upaya.