Skip to playerSkip to main content
  • 14 minutes ago
Pemangku Ketua Pusat Data, Informasi dan Komunikasi Bencana Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), Berton Panjaitan berkata operasi dari 15 hingga 16 Oktober itu pada mulanya menumpukan kawasan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud Badaruddin II di Palembang, di mana jerebu tebal telah mengganggu penerbangan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Indonesia menabur sebanyak 2.4 ton ais kering di ruang udara Sumatera Selatan menerusi operasi pengubah suaian cuaca selama 2
00:10hari.
00:10Langkah itu bertujuan mengurangkan jerebu tebal akibat kebakaran hutan dan tanah.
00:17Pemangku Ketua Pusat Data Informasi dan Komunikasi Bencana Badan Nasional Pengurusan Bencana BNPB Berton Panjaitan berkata,
00:25operasi dari 15 hingga 16 Oktober itu pada mulanya menumpukan kawasan berhampiran lapangan terbang antarabangsa Sultan Mahmud Badaruddin II di
00:33Palembang
00:33di mana jerebu tebal mengganggu penerbangan.
00:36Beliau menambah operasi pengubah suaian cuaca selama 2 hari itu melibatkan 3 penerbangan dengan jumlah masa penerbangan selama 7 jam
00:443 minit.
00:46Sumatera Selatan adalah antara 6 wilayah yang diberi keutamaan oleh Indonesia bagi mencegah dan menangani kebakaran hutan dan tanah
00:54selain Wiau, Jambi, Kalimantan Barat, Kalimantan Tengah dan Kalimantan Selatan dengan 189 kawasan panas
01:02direkodkan di wilayah itu setakat Jumaat malam.
01:06Berton berkata, ais kering sedang diuji sebagai kaedah alternatif untuk menyuraikan jerebu
01:11dengan melemahkan keadaan atmosfera yang memerangkap asap berhampiran permukaan tanah
01:16sekaligus berpotensi membolehkan asap naik dan meningkatkan jarak penglihatan.
01:22Beliau berkata jarak penglihatan di lapangan terbang meningkat daripada 1,000 meter kepada kira-kira 3,000 meter
01:28semasa operasi dijalankan, sekaligus mewujudkan keadaan yang lebih selamat bagi operasi penerbangan.
01:40Bagaimanapun beliau mengakui kajian lanjut diperlukan untuk menentukan sama ada peningkatan itu
01:45berpunca daripada rawatan ais kering atau faktor cuaca lain.

Recommended