Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Penutupan sekolah dan institusi pendidikan di seluruh Johor dilanjutkan selama lima hari bermula 19 hingga 23 Oktober susulan keadaan jerebu dan kualiti udara masih membimbangkan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Penutupan sekolah dan institusi pendidikan di seluruh Johor dilanjutkan selama lima hari bermula 19 hingga 23 Oktober ini, susulan keadaan
00:08jerebu dan kualiti udara masih membimbangkan.
00:12Exko Pendidikan dan Penerangan Negeri Dr. Mohd. Nakib Madh Ghazali berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan hasil mesyuarat penyelarasan pengurusan jerebu
00:20negeri Johor pada tengah hari Sabtu.
00:26Jelas Nakib, keputusan itu mengambil kira bacaan indeks pencemaran udara IPU yang masih membimbangkan tanpa perubahan ketara selain pergerakan angin
00:35ke arah utara dan unjuran cuaca bagi tempoh 3 hingga 4 hari akan datang.
00:40Tambah beliau, keputusan pembukaan semula institusi pendidikan akan dinilai berdasarkan perkembangan kualiti udara, ramalan cuaca serta penilaian kesehatan semasa.
00:51Pengecualian secara terhad untuk hadir ke sekolah boleh dipertimbangkan bagi murid yang perlu menuduki peperiksaan atau pentaksiran tertentu.
00:59Ia tertakluk kepada penyelarasan Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan pematuhan prosedur operasi standar kesihatan yang ketat.
01:07Sekolah di Batu Pahat ditutup pada 7 Oktober lalu susulan bacaan IPU melebihi 200 sebelum penutupan dipeluaskan ke seluruh Johor
01:15pada 8 dan 9 Oktober.
01:17Penutupan kemudian dilanjutkan dari 12 hingga 16 Oktober.
01:23Dalam perkembangan berkaitan sebanyak 30,648 kes asma dan jangkitan saluran pernafasan atas atau URTI direkodkan sepanjang Oktober ini dengan
01:34peningkatan mingguan sebanyak 20.7%.
01:37Terima kasih kerana menonton!
01:39Terima kasih kerana menonton!

Recommended