00:00Sebuah kapal tangki minyak yang membawa lebih 2 juta tong minyak mentah dilaporkan meletup dan terbakar selepas terlanggar periuk api
00:08laut ketika cuba melalui selat hormus. Perkara itu dimaklumkan Tentera Laut Korp Pengawal Revolusi Islam IRGC, lapor Agensi Berita Republik
00:17Islam IRNA.
00:19Menurut Tentera Laut IRGC, kapal tersebut telah mematikan semua sistem penentu kedudukan dan radar. Ia bagi mengelak pengesanan ketika cuba
00:29merantasi selat itu dengan sokongan tentera AS. Pasukan itu juga menegaskan selat hormus masih ditutup dan memberi amaran kapal yang
00:38melanggar peraturan Iran akan berdepan tindakan.
00:41Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika aktiviti ketenteraan Amerika di Asia Barat kian meningkat selain ketegangan susulan kenyataan pegawai Washington yang
00:50semakin keras terhadap Iran.
00:53Tehran sebelum ini berulang kali memberi amaran, pangkalan tentera dan aset tentera laut Amerika di seluruh rantau itu akan menjadi
01:00sasaran sekiranya berlaku serangan baharu terhadap wilayah Iran.