00:00Sekumpulan peneroka Israel didakwa menyerang orang awam Palestine, diplomat Eropah dan seorang Dato' Bandar dari Perancis dalam satu insiden di
00:08tebing barat yang diduduki pada Sabtu.
00:10Dato' Bandar, Al-Neo Ameris Bernard Baudu berkata beliau diserang ketika menyertai aktiviti menuai zaitun berhampiran kampung Kristian, Palestine di
00:20Taipei.
00:23Menurut beliau, sekumpulan individu bertopeng bertindak ganas sehingga menyebabkan beliau terjatuh.
00:28Aktivis Israel yang berada berhampiran lokasi kejadian turut mendakwa mereka diserang ketika cuba membantu selain kenderaan mereka mengalami kerosakan.
00:38Sementara itu, Menteri Luar Belgium Maxim Privat berkata konsul jeneral Belgium untuk Palestine, diplomat Perancis dan Poland serta wakil kerja
00:47katolik antara yang menjadi sasaran serangan itu.
00:50Beliau turut maklumkan sebuah kenderaan milik Belgium mengalami kerosakan dalam kejadian berkenaan.
00:55Menteri Luar Israel, Jidon Sa mengecam serangan tersebut dan menyifatkan pelakunya sebagai perusuh Israel.
01:02Bagaimanapun, beliau berpendapat, lawatan diplomat berkenaan sepatutnya diselaraskan terlebih dahulu dengan pihak tentera Israel.
01:10Naib Presiden Palestine, Hussein Al-Sheikh pula mengutuk insiden itu dan menyifatkannya sebagai gambaran kecil kepada apa yang didakwanya sebagai
01:18keganasan harian yang dihadapi oleh rakyat Palestine.
01:22Terima kasih telah menonton!
01:23Terima kasih telah menonton!