00:00Baik bertemu semula, rakyat Malaysia dinasihatkan mempertimbangkan penangguhan perjalanan tidak penting ke Perancis, susulan demonstrasi yang sedang berlangsung di beberapa
00:09bandar utama negara itu.
00:11Kementerian Luar memaklumkan, setakat ini tiada laporan rakyat Malaysia terlibat atau terjejas akibat demonstrasi berkenaan.
00:20Wisma Putra pada Ahad menegaskan pihaknya sedang memantau rapat perkembangan situasi keselamatan di negara tersebut.
00:27Kedutaan Besar Malaysia di Paris turut menasihatkan rakyat Malaysia supaya sentiasa berwaspada meskipun tiada sekatan perjalanan dikenakan.
00:37Kedutaan juga kekal berhubung dengan pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan maklumat terkini dan memudahkan penyaluran bantuan sekiranya diperlukan.
00:45Sebagai latar belakang, Perancis pernah digegarkan gerakan jaket kuning atau yellow vest pada 2018, susulan bantahan terhadap kenaikan harga bahan
00:55api dan kos sara hidup.
00:57Rakyat Malaysia yang menetap atau merancang perjalanan ke Perancis digesa mendaftar dan mengemaskini maklumat menerusi platform e-konsuler.
01:05Bagi mendapatkan bantuan konsuler segera, rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Paris menerusi nombor telefon atau alamat email
01:13yang dipaparkan.
01:14Terima kasih kerana menonton!
01:16Terima kasih kerana menonton!