Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Kualiti udara di Manaus mencapai tahap berbahaya susulan kebakaran hutan Amazon. Sekolah dan premis perniagaan ditutup, manakala penduduk dilaporkan mengalami masalah pernafasan akibat pencemaran udara.
Transcript
00:00Asap tebal akibat kebakaran hutan di Amazon menyelubungi bandar Manaus di Brazil pada Sabtu
00:06memaksa sekolah dan premis perniagaan ditutup ketika kualiti udara mencecah tahap berbahaya.
00:11Menurut platform pemantauan kualiti udara antarabangsa IQR,
00:15kepekatan zarah halus di udara mencapai 80.9 kali ganda berbanding paras purata tahunan
00:21yang dicorkan pertubuhan kesihatan sedunia WHO.
00:24Keadaan itu menjadikan Manaus sebagai ibu kota paling tercemar di Brazil.
00:28Penduduk melaporkan mengalami masalah pernafasan yang serius,
00:32malah ada yang terpaksa berada di dalam rumah sesulai asap tebal yang menyelubungi kawasan berkenaan.
00:38Keadaan itu mencetuskan kebimbangan terhadap kesan pencemaran udara terhadap kesihatan penduduk,
00:42khususnya mereka yang mempunyai masalah pernafasan.

Recommended