Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Sebanyak 455 sekolah dengan bangunan daif kategori Skala 7 diluluskan untuk pembinaan semula, manakala penyelenggaraan dan naik taraf diteruskan bagi memastikan keselamatan warga sekolah.
Transcript
00:00Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadlina Siddik memaklumkan sebanyak 455 sekolah sudah diluluskan untuk projek pembinaan semula bangunan DAEF kategori skala
00:107.
00:11Katanya, Kementerian Pendidikan KPM melaksanakan pendekatan bersepadu melalui tiga kaedah utama bagi menangani isu fasiliti sekolah awam yang uzo di
00:20seluruh negara.
00:24Menurut Fadlina, kaedah itu merangkumi penyelenggaraan tahunan, ubah suai dan naik taraf USNT untuk bangunan kategori skala 6 dan pembinaan
00:33gantian bagi bangunan skala 7.
00:35Melalui penyelenggaraan tahunan dan pelaksanaan USNT, kerosakan dapat dikenalpasti dan ditangani pada peringkat awal sekaligus mengelakkan kemerosotan keadaan bangunan sehingga
00:46memerlukan intervensi lebih kompleks dan melibatkan kos lebih tinggi.
00:50Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat bagi menjawab soalan Dato' Wan Hassan Muhammad Ramli, PN Dungon, mengenai
00:57jumlah sekolah awam yang dikesan mempunyai fasiliti uzor di seluruh negara dan garis masa tindakan pantas KPM bagi membaik pulih
01:05infrastruktur itu demi menjamin keselamatan murid dan warga pendidik.
01:10Fadlina berkata data sekolah yang mempunyai bangunan DAEF bersifat dinamik dan berubah mengikut keadaan fizikal bangunan dan hasil penilaian teknikal
01:18dari semasa ke semasa.
01:19Katanya, pembinaan gantian turut dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia 5 Tahun RMLT bagi bangunan skala 7 yang mengalami kerosakan kritikal.
01:29Langkah menerusi Rancangan Malaysia ke-12 dan 13 itu bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang selamat, kondusif dan berkualiti untuk murid
01:38dan warga sekolah.
01:39Terima kasih telah menonton!

Recommended