00:00Pusingan pertama perbincangan teknikal ketenteraan antara Lubnan dan Israel yang ditajak oleh Amerika Syarikat berakhir pada Selasa dan akan disambung
00:08semula pada Rabu.
00:10Menurut sumber diplomatik, mesyuarat itu berlangsung di Ibu Pejabat Komando Pusat Amerika Syarikat di Tampa, Florida dan mengambil masa kira
00:17-kira enam jam.
00:21Perbincangan tersebut bertujuan meneliti pelaksanaan satu rangka kerja persetujuan yang telah dicapai serta membincangkan beberapa kawasan perintis di Selatan Lubnan
00:31yang dijadualkan menyaksikan pengunduran tentera Israel.
00:35Mesyuarat berkenaan menjadi sebahagian daripada usaha Washington untuk memantau pelaksanaan persetujuan tersebut di tengah kebimbangan terhadap keselamatan di kawasan Selatan
00:44Lubnan.
00:45Mesyuarat itu turut berlangsung ketika serangan Israel ke atas beberapa kawasan di Selatan Lubnan dilaporkan masih berterusan.
00:53Kedua-dua pihak dijangka meneruskan sesi perbincangan bagi meneliti langkah-langkah lanjut berkaitan kawasan terlibat dan pelaksanaan persetujuan yang telah
01:02dicapai.