Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Menurut MAG, ia sebahagian daripada usaha membantu kumpulan penerbangan itu menguruskan keperluan kewangan operasi serta pembayaran kepada pembekal strategik, di tengah-tengah kerumitan transaksi rentas sempadan yang melibatkan pelbagai pasaran berbeza.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Malaysia Aviation Group MAG memperoleh pembayaran perdagangan berstruktur sebanyak RM75 juta atau sekitar RM306.32 juta daripada Siti bagi memuduhi
00:12keperluan model kerja dan menyokong kelancaran operasi rantaian bekalannya di seluruh Asia.
00:18Menurut MAG ia sebahagian daripada usaha untuk menguruskan keperluan kewangan operasi serta pembayaran kepada pembekal strategik di tengah-tengah kerumitan
00:28transaksi rentas sempadan yang melibatkan pelbagai pasaran berbeza.
00:34Menerusi pembiayaan tersebut, MAG dapat menghubungkan pembekal strategiknya di Malaysia, Singapura dan China di bawah satu kerangka pembiayaan secara bersepadu
00:44sekaligus meningkatkan kecairan dan memperkemas urusan pembayaran antara negara.
00:48Tambahnya, langkah itu turut memberikan fleksibiliti kewangan lebih besar dalam menguruskan modal kerja selain dari tahap rantaian bekalan ketika menyelaraskan
00:57keperluan operasi dengan pembekal yang tertakluk kepada peraturan dan sistem perbankan yang berbeza.
01:02Dalam satu kenyataan, Siti berkata kemudahan berkenaan disesuaikan berdasarkan tahap keperluan rantaian bekalan serantau MAG dengan pelaksanaannya melibatkan penyelarasan aspek
01:13kawal selia, undang-undang dan operasi termasuk kerjasama dengan pembekal strategik di China.
01:19Sementara itu, pemangku ketua pegawai kewangan kumpulan MAG, Najmi Mansur berkata kemudahan tersebut membolehkan syarikat berkenaan mempertingkatkan rumusan pembayaran rentas
01:30sempadan di samping mengukuhkan hubungan dengan pembekal di beberapa pasaran.
01:34Kata beliau, kemudahan yang disediakan turut menyokong usaha MAG dalam memperkukuh tahap kerjasama dengan pelbagai pembekal bagi memenuhi segala keperluan
01:43operasi kumpulan merentasi pasaran serantau.
01:45Bagaimanapun, CT dan MAG tidak memperincikan tempoh kemudahan keadaan pembayaran atau pecahan penggunaannya.

Recommended