Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Perancis melaporkan kematian pertama manusia akibat jangkitan virus Shamonda yang lazimnya menjangkiti ternakan. Pihak berkuasa dan WHO bagaimanapun menegaskan risiko penularan kepada masyarakat umum kekal rendah.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Perancis melaporkan kes pertama jangkitan virus Syamonda pada manusia membabitkan seorang pesakit yang meninggal dunia di hospital pada Khamis.
00:08Namun pihak berkuasa menegaskan tiada risiko kepada masyarakat umum. Virus Syamonda lazimnya dikesan dalam kalangan haiwan tenakan.
00:17Pakar dari Pusat Peredikan Virus Universiti Glasgow, Dr. Ben Brennan berkata, kes terdahulu melibatkan virus seumpamanya menunjukkan risiko kesihatan kepada
00:26manusia adalah terhad.
00:27Beliau merujuk kepada virus Schmallenberg yang menjejaskan haiwan tenakan di Eropah lebih sedekat lalu tanpa menyebabkan jangkitan pada manusia serta
00:35virus Kristoli yang dikaitkan dengan kematian seorang pesakit berisiko tinggi di Perancis tanpa diikuti kes lain.
00:41Menurut kenyataan kerajaan Perancis, mangsa dipercayai dijangkiti selepas digigit agas yang membawa virus berkenaan di Timur Perancis, kawasan yang menyaksikan
00:50penularan virus dalam kalangan haiwan pada musim bunga dan panas tahun ini.
00:54Seorang pegawai Kementerian Kesihatan Perancis berkata, lelaki itu sebelum ini dimasukkan ke hospital di Lyon akibat penyakit siris yang tidak
01:02berkaitan dengan jangkitan virus berkenaan.
01:04Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO memaklumkan bahawa pihaknya sedang berhubung dengan pihak berkuasa Perancis berhubung kejadian itu.
01:12Virus Schmallenberg tidak diklasifikasikan sebagai penyakit di bawah Undang-Undang Kesihatan Haiwan Kesatuan Eropah EU sekaligus tidak tertakluk kepada langkah
01:21pemantauan atau kawalan rasmi.
01:22Menurut pihak berkuasa kesihatan haiwan Perancis, jangkitan virus itu boleh menyebabkan cirit-birit, kelemahan, kehilangan selir makan dan dalam kes
01:30tertentu, demam pada lembu.
01:33Kejadian terhadap sembilan ladang tenusu di Perancis terutup mendapati pengeluaran susu merosot sehingga 75%.
01:39Terima kasih telah menonton!
01:40Terima kasih telah menonton!
01:41Terima kasih telah menonton!

Recommended